Friday, June 24, 2011

Kecik hati

Dimulakan dengan :

بسم الله الرحمن الرحيم


Memang aku kecik hati. Pls la,aku bukan tunggul takde feeling. Sepanjang 24jam sehari,takde ke beberapa minit untuk spend time dengan aku. Kalau sepanjang hari aku tak menegur,langsung buat aku mcm tak wujud. Penting sangat ke Crew tu,sampai keluarga kena abaikan. Bukan nak protes,sekadar nak hilangkan stress. Facebook aku,telefon aku,semua kena sekat. Semua problem  tu jadi bukan salah aku. Salah Crew korang jugak kan. Kenapa aku pulak yang kena jadi bangkai kat sini. Bila aku cakap sikit kate aku tak paham langsung perasaan dia .Aku yang sllu buat dia tak penah berjaya. Aku ni langsung tak tahu apa-apa pasal perjuangan dia. Berjuang? Ada ke keberkatan kalau jiwa aku sllu tertekan.

Apa perasaan korang,kalau korang bercakap,dia wat cm dengar tak dengar ja. Tangan lebih laju menaip berbanding telinga yg mendengar kita cakap. Lepas tu ketawa sorang-sorang,bila kita tanya 'dengar tak org cakap ni' Slamber je jawap "dengarr" pastu diam. Ape korang rasa?

Sunday, April 24, 2011

Tanggung-jawap

Dimulakan dengan :

بسم الله الرحمن الرحيم


Tanggungjawap? kenapa..

Bila dihitung semua kekurangan diri kita. Rupanya masih banyak kelebihan,mengapa? Masih ada segelintir manusia,yang kita terlepas pandang. Anak-anak yatim/miskin yang di tempatkan di pertubuhan-pertubuhan atau yang masih terbiar. cuba renungkan,peritnya hidup berdikari dalam usia remaja. keruntuhan akhlak semakin berleluasa,bagaimana mahu berdikari dalam keadaan global sosial yang sangat tragis.

Bantulah mereka. Singgahlah di mana mereka. Bukan RM yang ditagih, Nasihatlah mereka,binalah sasiah mereka. Supaya masih ada anak-anak ini yang lahir sebagai pejuang islam. Hari ini,mereka berperang dengan dunia, Semoga di akhirat golongan ini yang sudi membantu kita. Amin~

                                       Anak-anak Yatim/Miskin Kediaman Abu Nur

Monday, April 18, 2011

rasa-rasa

huhuhu KHIR RAHMAN.
Terbaik -dalam botol. Syabas bro.
Beliau cute,sweet,brutal,ade tarikan tersendiri.
good job bro.

Friday, February 18, 2011

Senyum..

Dimulakan dengan :

بسم الله الرحمن الرحيم


Tidak ada yang mahu ditulis...
salam 2011.

Sunday, December 19, 2010

Kelebihan Bersalawat

Dimulakan dengan :

بسم الله الرحمن الرحيم


1. Sekali selawat Allah akan membalas 10 kali selawat kepadanya.

2. Doa yang disertakan dengan selawat akan diperkenankan atau dimakbulkan Allah.

3. Mendapat syafaat dari Nabi Muhammad SAW.

4. Allah dan para Malaikat membaca selawat kepada Nabi Muhammad SAW.

5. Orang yang beriman ialah orang yang berselawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW.

6. Orang yang berselawat akan mendapat tempat yang dekat dengan Nabi Muhammad SAW.

7. Allah akan melimpah kurnia kepada orang yang berselawat kepada Nabi Muhammad SAW.

8. Orang yang berselawat ialah orang yang mewariskan kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW.

9. Orang berselawat dapat membersihkan hati, jiwa, roh dan diri yang kotor dengan dosa dan maksiat yang berselaput dalam dada.

10. Orang yang berselawat dicintai oleh Allah dan membuktikan ia cinta kepada Nabi Muhammad SAW.

11. Orang yang berselawat akan dijauhkan dari segala dukacita dunia dan akhirat.

12. Orang yang berselawat akan dimurahkan segala rezekinya yang tidak dijangka.

13. Orang yang berselawat akan mendapat keberkatan diri dan keluarganya daripada Allah.

14. Orang yang berselawat akan diingatkan mereka kembali daripada perkara yang mereka lupa.

15. Orang yang berselawat akan ditingkatkan timbangan amal kebajikan mereka.

16. Orang yang berselawat akan disayangi oleh orang-orang mukmin.

17. Orang yang berselawat akan didekatkan dirinya dengan telaga haudh (telaga Rasulullah) dan dapat meminum airnya.?

Justien Drew Bieber




JB. huhuhu tak sangke,aku pun minat Justin Bieber. maybe sbb cute ut and semangat never say never. wakaka

peace~

peace~
JB with Usher.
Dengar2 usher ni yg pungut dia di jalanan,
sekarang dah jd artis seantero dunia.
never say never.


Sunday, December 5, 2010

Wanita : Jgn Bersedih

Dimulakan dengan :

بسم الله الرحمن الرحيم


1-Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.

2- Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

3- Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.

4- Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.

5- Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

6- Wanita wajib taat kpd suaminya tetapi suami tak perlu taat pd isterinya.

7- Talak terletak di tgn suami dan bukan isteri.

8- Wanita kurang dlm beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??


1-Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat.Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dgn seorg wanita.

2-Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

3-Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri dan anak anak.

4-Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

5-Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

6-Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya
cukup dgn 4 syarat shj: Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan,taat suaminya dan
menjaga kehormatannya.


7- Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.



Daripada Aisyah r.a.” Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.