Sunday, December 19, 2010

Kelebihan Bersalawat

Dimulakan dengan :

بسم الله الرحمن الرحيم


1. Sekali selawat Allah akan membalas 10 kali selawat kepadanya.

2. Doa yang disertakan dengan selawat akan diperkenankan atau dimakbulkan Allah.

3. Mendapat syafaat dari Nabi Muhammad SAW.

4. Allah dan para Malaikat membaca selawat kepada Nabi Muhammad SAW.

5. Orang yang beriman ialah orang yang berselawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW.

6. Orang yang berselawat akan mendapat tempat yang dekat dengan Nabi Muhammad SAW.

7. Allah akan melimpah kurnia kepada orang yang berselawat kepada Nabi Muhammad SAW.

8. Orang yang berselawat ialah orang yang mewariskan kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW.

9. Orang berselawat dapat membersihkan hati, jiwa, roh dan diri yang kotor dengan dosa dan maksiat yang berselaput dalam dada.

10. Orang yang berselawat dicintai oleh Allah dan membuktikan ia cinta kepada Nabi Muhammad SAW.

11. Orang yang berselawat akan dijauhkan dari segala dukacita dunia dan akhirat.

12. Orang yang berselawat akan dimurahkan segala rezekinya yang tidak dijangka.

13. Orang yang berselawat akan mendapat keberkatan diri dan keluarganya daripada Allah.

14. Orang yang berselawat akan diingatkan mereka kembali daripada perkara yang mereka lupa.

15. Orang yang berselawat akan ditingkatkan timbangan amal kebajikan mereka.

16. Orang yang berselawat akan disayangi oleh orang-orang mukmin.

17. Orang yang berselawat akan didekatkan dirinya dengan telaga haudh (telaga Rasulullah) dan dapat meminum airnya.?

Justien Drew Bieber




JB. huhuhu tak sangke,aku pun minat Justin Bieber. maybe sbb cute ut and semangat never say never. wakaka

peace~

peace~
JB with Usher.
Dengar2 usher ni yg pungut dia di jalanan,
sekarang dah jd artis seantero dunia.
never say never.


Sunday, December 5, 2010

Wanita : Jgn Bersedih

Dimulakan dengan :

بسم الله الرحمن الرحيم


1-Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.

2- Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

3- Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.

4- Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.

5- Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

6- Wanita wajib taat kpd suaminya tetapi suami tak perlu taat pd isterinya.

7- Talak terletak di tgn suami dan bukan isteri.

8- Wanita kurang dlm beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??


1-Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat.Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dgn seorg wanita.

2-Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

3-Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri dan anak anak.

4-Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

5-Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

6-Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya
cukup dgn 4 syarat shj: Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan,taat suaminya dan
menjaga kehormatannya.


7- Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.



Daripada Aisyah r.a.” Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.